Program Ziarah Kasih santuni golongan memerlukan

Program akan diteruskan secara berkala selaras aspirasi Malaysia MADANI

MERSING, 23 Jun – Program Ziarah Kasih diperkukuh dalam usaha mendekati rakyat selain menyampaikan bantuan secara langsung kepada kumpulan sasar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penerima bantuan dikenal pasti melalui kerjasama Jabatan Penerangan (JAPEN) dan Komuniti MADANI.
  • Program diadakan semasa Program Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai Edisi Piala Dunia di Endau.
  • Abdullah Izhar meluangkan masa menyantuni warga emas dan golongan memerlukan, menyalur bantuan termasuk peralatan kesihatan.

Setiausaha Politik Menteri Komunikasi, Abdullah Izhar Mohamed Yusof berkata inisiatif Kerajaan MADANI menerusi program seperti ini akan diteruskan secara berkala selaras aspirasi Malaysia MADANI.

“Penerima bantuan dikenal pasti menerusi kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Komuniti MADANI dengan program yang akan diteruskan semasa dari semasa,”katanya pada Program Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai Edisi Piala Dunia di Endau.

Pada program itu beliau turut meluangkan masa menyantuni warga emas serta golongan memerlukan dengan menyalur bantuan merangkumi peralatan kesihatan.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.