fb fb fb fb fb

Program 'Sarong Kids' rai keunikan budaya, cungkil kreativiti kanak-kanak

SEREMBAN, 31 Ogos- Lebih 120 murid tadika di bawah Pertubuhan Tadika Swasta Negeri Sembilan (TUNTASN9) meraikan keunikan budaya rakyat negara ini melalui program pertandingan bakat 'Sarong Kids'.

Dengan tema 'Bersatu Dengan Sarong', program bagi mencungkil bakat dan kebolehan kanak-kanak supaya menjadi lebih kreatif, inovatif dan produktif.

Ia juga diharap dapat mendedahkan kanak-kanak mengenai jenis kepelbagaian, keindahan dan budaya di Malaysia serta memupuk diri agar mengekalkan kecintaan terhadap negara.

"Secara kebiasaannya, murid tadika akan menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di tadika masing-masing, tapi kali ini kami berhasrat untuk bergabung dan membawa keraian ini ke tahap yang berbeza untuk kanak-kanak tadika kami," kata Pengerusi TUNTASN9, Encik Abdul Rahman Abd Jalil dalam satu kenyataan.

(Ketua Juri En Rosafiz Sudeen (tiga dari kiri) dari Pejabat Pendidikan Daerah Seremban bersama
 Juara Pertandingan Nyanyian Aksi Berkumpulan dari Tadika Rumah Si Kecil, Rskkids)

Sebanyak tiga kategori ditetapkan untuk dipertandingkan iaitu mewarna, peragaan fesyen busana tradisi dan pertandingan nyanyian aksi berkumpulan dengan membawa lagu-lagu rakyat.

Seramai 200 ibu bapa dari 15 tadika swasta yang hadir kelihatan teruja kerana pendedahan sebegini amat berharga untuk anak-anak mereka.

"Pada saya pembelajaran kanak-kanak tidak terhad kepada aktivitiaktiviti dalam bilik darjah semata-mata. Sebaliknya, setiap situasi adalah satu kesempatan untuk belajar," kata Puan Norasiah Othman yang menyokong usaha tadika swasta menganjurkan program sebegini.

Program Sarong Kids dianjurkan bersama bersempena "I Love Malaysian Kids Art Exhibition" dari 20 Ogos hingga 16 September di Seremban Prima.

Media Baharu