fb fb fb fb fb

Program Pasport Keselamatan Kurier, tingkatkan kecekapan penghantaran bungkusan

Menteri Komunikasi , Fahmi Fadzil berucap pada pelancaran Sambutan Hari Kurier Negara 2024 di Cyberjaya / BERNAMA

CYBERJAYA, 9 November - Syarikat kurier di Malaysia disaran untuk menyertai Program Pasport Keselamatan Kurier bagi meningkatkan tahap keselamatan pekerja dan kecekapan penghantaran bungkusan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata program seumpama itu bertujuan memastikan pengendalian bungkusan barang yang selamat.

Serta, menyediakan kemahiran yang diperlukan kepada pekerja agar dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Sekali gus memastikan industri kurier di Malaysia terus berkembang.

"Beberapa pihak memberi penekanan kepada syarikat kurier untuk mereka menitikberatkan keselamatan dari segi penghantaran bungkusan.

"Selepas itu para pelanggan dapat buat pilihan bijak yang akan membantu sektor kurier membuat kawalan kendiri atau self regulations untuk menjamin keselamatan bungkusan dan pekerja mereka.

"Ini usaha kita raikan dan kita sambut baik dan kita harap lebih banyak syarikat kurier akan terlibat." katanya ketika ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Kurier Negara 2024 di Cyberjaya.

Hari Kurier Negara disambut secara rasmi pada 1 November 2024 bagi mengiktiraf dan menghargai lebih 160,000 pekerja kurier di negara ini.

Pada majlis tersebut, turut diadakan majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Syarikat Penghantaran Express Malaysia (AMEC) dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk Program Pasport Keselamatan Kurier.

Trainee2