fb fb fb fb fb

Program PALAPES ditambah baik

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin (tengah) bercakap kepada media pada Majlis Syarahan Eksekutif bersama Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam di UPM Serdang / BERNAMA

SERDANG, 4 September- Program Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) akan ditambah baik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha itu bukan hanya bertujuan menarik minat golongan muda menyertai program tersebut, malah memastikan mereka kekal komited memainkan peranan sebagai ejen pertahanan negara.

“Yang penting dari segi penyertaan kita. Selepas itu, usaha berterusan perlu dilakukan bagi mengekalkan minat mereka untuk mengambil tanggungjawab menjaga pertahanan negara,” katanya selepas program Syarahan Eksekutif bersama pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam di Serdang.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.

Menurut Mohamed Khaled, penambahbaikan terhadap beberapa sukatan pelajaran atau kurikulum sedia ada sedang dilaksanakan secara berperingkat.

Ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Tambah beliau, elemen baharu termasuk aspek keselamatan siber serta pendedahan terhadap ancaman penderaan siber juga akan dimasukkan dalam silibus berkenaan.

Ia bertujuan memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara lebih menyeluruh.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID