fb fb fb fb fb

Program NASIONALfm Ambil Tahu: Lima keluarga dibantu

Foto RTM

SUBANG, 21 Mac- Stesen radio NASIONALfm menyampaikan Infaq Kasih Ramadan kepada lima keluarga di Subang yang berada bawah seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan melalui Program NASIONALfm Ambil Tahu, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata Infaq Kasih Ramadan itu adalah hasil sumbangan daripada beberapa organisasi, termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor, bagi meringankan beban keluarga tersebut.

"Program NASIONALfm Ambil Tahu Kasih Ramadan, kita ada kita kongsi ini adalah untuk menyantuni golongan-golongan yang kurang bernasib baik agar mereka dapat meraikan Aidilfitri ini dengan lebih meriah jugak lagi," katanya selepas menyampaikan Infaq Kasih Ramadan di sini.

Antara sumbangan yang disampaikan kepada keluarga berkenaan termasuklah barangan keperluan asas, sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM