
DURIAN TUNGGAL, 18 September – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memantau segala kandungan yang dimuat naik di semua media sosial sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang bagi memastikan pengguna tidak menyentuh isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R).
- MCMC menegaskan pemantauan kandungan ialah sebahagian fungsi sebagai pengawal selia sektor komunikasi dan multimedia.
- Pesanan kepada semua pengguna internet: jangan sentuh isu agama, kaum dan institusi diraja 3R; berkempen secara demokratik dan harmoni.
- MCMC mempunyai pasukan pemantau sepanjang tempoh berkempen dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain untuk tindakan lanjut.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, pemantauan itu ialah sebahagian daripada fungsi MCMC sebagai pengawal selia sektor komunikasi dan multimedia.
“Pesanan kami kepada semua pengguna internet, jangan sentuh isu 3R. Semua berhak untuk berkempen, tetapi lakukannya secara demokratik dan tidak menyentuh isu yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Projek Wi-Fi IPTA Fasa 3 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini.
Tegas beliau, MCMC mempunyai pasukan sedia ada yang memantau kandungan media sosial sepanjang tempoh berkempen.
“Pada masa sama, kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain untuk melakukan pemantauan,” katanya.