PRN Melaka: ADUN berprestasi baik berpeluang dikekalkan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid semasa menghadiri Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 di Jakarta/ Foto BERNAMA

JAKARTA, 18 September – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh diberi mandat untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana gabungan parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Belum ada perbincangan mengenai calon PRN Melaka setakat ini.
  • Nama calon akan dikemukakan oleh BN Melaka dan diteliti berdasarkan laporan pelbagai pihak untuk menentukan kebolehmenangan.
  • ADUN berprestasi baik akan dikekalkan, dan peluang diberi kepada muka baharu termasuk pergerakan Wanita dan Puteri.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini belum ada perbincangan mengenai calon yang akan diketengahkan dalam PRN berkenaan.

Menurut beliau, nama calon akan dikemukakan oleh BN Melaka untuk diteliti berdasarkan laporan daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menunjukkan prestasi baik seboleh-bolehnya akan dikekalkan, selain memberi peluang kepada muka baharu termasuk daripada pergerakan Wanita dan Puteri.

“Nama nama calon-calon akan dikemukakan oleh Pengerusi Barisan Nasional Melaka, Datuk Rauf, dan saya akan menelitinya berdasarkan kepada laporan yang saya akan terima daripada pelbagai pihak untuk menentukan kebolehmenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.