PRN Johor : MCMC aktifkan pusat pemantauan rangkaian

Pusat Pemantauan Rangkaian menerima serta menyelaras aduan berkaitan komunikasi dan multimedia/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Pusat Pemantauan Rangkaian diaktifkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, (MCMC) bagi menerima serta menyelaras aduan berkaitan komunikasi dan multimedia sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan liputan rangkaian mudah alih, internet, kualiti perkhidmatan telekomunikasi dan gangguan perkhidmatan sepanjang tempoh pilihan raya.
  • Aduan kandungan dalam talian termasuk isu 3R, penyamaran, scam serta kandungan yang melanggar peruntukan undang-undang boleh dikemukakan.
  • Orang ramai boleh menghubungi pusat melalui telefon, emel jso.rcs@mcmc.gov.my atau Portal Aduan MCMC untuk membuat aduan.

MCMC memaklumkan orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan liputan rangkaian mudah alih dan internet, kualiti perkhidmatan telekomunikasi dan gangguan perkhidmatan sepanjang tempoh pilihan raya.

“Selain itu, ia termasuk aduan berhubung kandungan dalam talian, termasuk isu berkaitan kaum, agama dan institusi raja (3R), penyamaran, scam serta kandungan yang melanggar peruntukan undang-undang.

“Sebarang isu lain di bawah bidang kuasa MCMC juga boleh disalurkan melalui pusat pemantauan berkenaan,”menurut kenyataan.

Orang ramai yang ingin membuat aduan boleh menghubungi pusat pemantauan tersebut menerusi talian 07-365 8031 atau 07-365 8032 atau menerusi emel jso.rcs@mcmc.gov.my atau menerusi Portal Aduan MCMC.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.