PRN Johor : 7.97% daftar pemilih selesai tunai tanggungjawab setakat 9 pagi

Daftar pemilih sedia tunai tanggungjawab / Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 11 Julai – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 menyaksikan 7.97 peratus atau 213,878 daripada lebih 2.6 juta daftar pemilih telah menunaikan tanggungjawab masing-masing, setakat 9 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • DUN Mahkota catat peratusan keluar mengundi tertinggi 15.8 peratus, diikuti Tanjung Surat 14.7 dan Pasir Raja 13.6 peratus.
  • DUN Bentayan dan Simpang Jeram rekod keluar mengundi terendah masing-masing 7.7 peratus; DUN Kukup 7.6 peratus.
  • Perbandingan menunjukkan angka keluar mengundi tempoh sama pada PRN Johor ke-15 ialah 6.35 peratus.

Menerusi muat naik hantaran di Facebook, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mendahului peratusan keluar mengundi sebanyak 15.8 peratus, diikuti DUN Tanjung Surat (14.7 peratus) dan DUN Pasir Raja (13.6 peratus).

“Sementara itu, DUN Bentayan serta DUN Simpang Jeram, masing-masing mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 7.7 peratus, manakala DUN Kukup sebanyak 7.6 peratus,”menurut hantaran berkenaan.

Sebagai perbandingan, angka keluar mengundi bagi tempoh yang sama pada PRN Johor ke-15 adalah 6.35 peratus atau 163,553 orang daripada lebih 2.5 juta pengundi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.