BINTULU,21 Oktober -Masyarakat di Jepak harus mengekalkan keharmonian sepanjang tempoh berkempen dalam Pilihanraya kecil Jepak ini.
Timbalan Presiden Parti Progresif Demokratik, PDP, Dato Henry Harry Jinep berkata perbezaan politik tidak seharusnya dijadikan benih pergaduhan dalam kalangan masyarakat sehingga membawa kepada permusuhan.
Menurut Henry, pergaduhan yang disebabkan ideologi politik hanya merugikan rakyat.
Datuk Henry yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Sungai dan Laut Sarawak ditemui RTM selepas perarakan menghantar calon GPS di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Bintulu di sini.
Dalam pada itu, proses pencalonan berjalan lancar pagi ini dengan menyaksikan lebih 1,000 penyokong GPS dan Parti Sarawak Bersatu, PSB mengiringi calon, Iskandar Turkee, ke pusat pencalonan.