PUTRAJAYA, 4 Jun- Presiden Guinea-Bissau, Umaro Sissoco Embaló, yang sedang dalam lawatan rasmi ke Malaysia, meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya, tengah hari tadi.
Sepanjang pelayaran menelusuri Tasik Putrajaya, beliau diberi taklimat mengenai pembangunan bandar pintar Putrajaya serta komitmen Malaysia terhadap pembangunan lestari.
Selesai pelayaran, Embaló dan delegasi meneruskan lawatan ke Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Embaló turut dijadualkan berkunjung ke Menara Berkembar Petronas pada sebelah petang nanti.
Lawatan itu merupakan sebahagian daripada atur cara rasmi beliau sempena dengan kunjungan negara ke Malaysia, bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala serta membuka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan, pendidikan dan pelancongan.
BERITA BERKAITAN: