fb fb fb fb fb

PPNNS optimis kekalkan sifar miskan tegar - Roslan

Foto hiasan

SEREMBAN, 15 Februari- Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan (PPNNS), optimis untuk mengekalkan sifar miskin tegar di negeri itu pada tahun ini kata Pengarahnya, Roslan Mat Nong.

PPNNS telah merangka pelan tindakan untuk mencapai sifar miskin tegar pada 2024 dan ia akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sembilan (MTPNS) pada 19 Februari ini.

"Kita telah mengenal pasti langkah-langkah yang akan diambil bagi memastikan mereka yang telah kembali ke miskin tegar ini melalui pendekatan dalam pelan tindakan yang telah kami bentangkan.

"Kami akan bentangkan dalam mesyuarat MTPNS nanti dan yakin mereka ini akan dikembalikan kepada status miskin pada tahun ini. Negeri Sembilan juga yakin dapat optimis akan berjaya mencapai sifar miskin tegar pada 2024 dengan pelbagai tindakan yang telah dirancang pejabat pembagunan negeri bersama-sama kerajaan negeri pada tahun ini," katanya dalam Majlis Bersama Media di sini.

Mengikut data terkini kumpulan yang kembali ke miskin tegar di Negeri Sembilan adalah sangat kecil iaitu 0.03 peratus.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun sebelum ini melaporkan, Negeri Sembilan berjaya mencapai sasaran sifar miskin tegar pada tahun lalu, membabitkan 3,530 ketua isi rumah (KIR).

Kejayaan tersebut hasil pelbagai inisiatif digerakkan melalui PPNNS dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu.

Sementara itu, PPNNS sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) agar mengekalkan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada kira-kira 500 orang KIR sebelum ini dikategorikan sebagai miskin tegar kekal.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI