fb fb fb fb fb

Polis tingkat rondaan sempena Aidilfitri

Datuk Wan Hassan Wan Ahmad

KUALA LUMPUR, 4 April- Polis akan meningkatkan rondaan dan pemantauan keselamatan di sekitar kawasan tumpuan terutama musim perayaan Aidilfitri termasuk cawangan kedai serbaneka berikutan insiden melempar bola api yang berlaku baru-baru ini.

Komisioner Polis (CP) Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pemantauan itu termasuk rondaan-rondaan lain.

"Petugas barisan hadapan kita akan melakukan tugas di kawasan-kawasan yang ada. Itu yang akan diberi keutamaan. Kita nasihatkan ketua polis daerah untuk mempelbagaikan rondaan dan menggabungkan dalam operasi bersepadu terutama musim perayaan," katanya dalam sidang media di ibu negara.

Bagaimanapun Wan Hassan turut menasihatkan pihak-pihak tertentu agar tidak bertindak melampaui undang-undang dan memberi kegusaran kepada masyarakat.

Selain itu semua pihak termasuk pemimpin politik supaya berhenti memainkan isu melempar bola api ke dalam kedai serbaneka selain memberi laluan kepada pihak polis ambil tindakan dan jalankan siasatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI