fb fb fb fb fb

Polis Sarawak keluarkan 147 saman berkaitan nombor pendaftaran kenderaan

(Foto Polis Sarawak)

KUCHING, 14 Februari- Sebanyak 147 keping saman dikeluarkan polis Sarawak melibatkan nombor pendaftaran kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata saman dikeluarkan menerusi Operasi Khas Nombor Pendaftaran.

"Bagi kesalahan melibatkan kereta, nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan boleh dikompaun sebanyak RM150 manakala nilai kompaun bagi motosikal pula ialah sebanyak RM100.

"Kesalahan nombor pendaftaran mewah boleh dikompaun sebanyak RM300 di bawah Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kesalahan tiada nombor pendaftaran boleh dikompaun sebanyak RM300 di bawah Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan.

Operasi tersebut dilaksanakan selama tujuh hari bermula 6 Februari lalu.

Ahsmon menasihati semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Katanya, operasi berkenaan akan dilaksanakan secara berterusan.


(Foto Polis Sarawak)

Media Baharu