fb fb fb fb fb

Polis Perak luluskan 217 permit jual bunga api, mercun

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri (kiri) pada Majlis Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Polis ke-217 Tahun 2024 Peringkat Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

IPOH, 25 Mac- Polis Perak telah menerima 443 permohonan permit untuk menjual bunga api dan mercun di seluruh negeri itu sehingga 22 Mac lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 217 permohonan telah diluluskan dan satu permohonan ditolak.

"Keseluruhan permohonan permit yang diterima setakat ini adalah sebanyak 443 permohonan dan kita telah meluluskan sebanyak 217 permohonan.

"Bagaimanapun satu permohonan pula ditolak kerana pemohon mempunyai rekod jenayah lampau," katanya selepas Majlis Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Polis ke-217 Tahun 2024 Peringkat Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Tambah Mohd Yusri, pihaknya akan melakukan pemantauan bagi membanteras penjualan bunga api dan mercun tanpa permit yang sah.

ZEHRA BINTI ZAMBRI