fb fb fb fb fb

Polis musnahkan bom mortar di Tampin

FOTO IPD TAMPIN

SEREMBAN, 11 Oktober- Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan hari ini berjaya memusnahkan sebutir bom lama yang ditemui di kilang Heveaboard, Industrial Park, Batu 3, Gemas Tampin.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman menerusi satu kenyataan berkata pihaknya menerima laporan pada 8.09 pagi tadi mengenai penemuan objek menyerupai bom di kilang tersebut.

Beliau berkata bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin pergi ke lokasi kejadian dan mendapati ada objek berkenaan lalu memasang tali rintangan polis sebagai kawasan larangan dan bahaya sebelum memaklumkan kepada UPB, IPK negeri.

"Siasatan awal mendapati UXO (unexploded ordnance) adalah jenis mortar 60 milimeter dan panjangnya berukuran 35 sentimeter.

"Tindakan pemusnahan dilakukan kira-kira 11.45 pagi tadi oleh UPB, IPK negeri dan IPD Tampin. Tempat kejadian itu merupakan bahagian proses pengasingan kayu kilang Heveaboard," katanya.

Beliau berkata kerja memusnahkan bom itu dilakukan tanpa sebarang kecederaan, kerosakan harta benda mahu pun kehilangan nyawa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE