
JOHOR BAHRU, 9 Julai– Sebanyak 73 laporan polis diterima berhubung pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sejak 27 Jun lalu.
RINGKASAN BERITA AI
- 22 kertas siasatan telah dibuka berkaitan laporan sepanjang tempoh kempen PRN.
- Polis menerima 17 laporan dan membuka empat kertas siasatan pada Selasa dan semalam.
- Kes disiasat termasuk mengembangkan permusuhan, fitnah, penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian serta khianat.
- 4,053 daripada 4,368 permohonan permit ceramah dan kempen politik telah diluluskan.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 22 kertas siasatan telah dibuka.
“Polis Johor menerima 17 laporan dan membuka empat kertas siasatan, berhubung kesalahan semasa kempen PRN Johor pada
Selasa dan semalam,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, kes disiasat melibatkan kesalahan mengembangkan permusuhan, fitnah, penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian serta khianat.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan, sebanyak 4,053 daripada 4,368 permohonan permit ceramah dan kempen politik telah diluluskan.