
BANDA HILIR, 9 Julai– Pasar Wilayah Kota Laksamana di Banda Hilir dinaik taraf menerusi peruntukan hampir RM1 juta yang diluluskan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
RINGKASAN BERITA AI
- Kerja naik taraf pasar dilaksanakan dalam dua fasa sejak penghujung 2025.
- Peruntukan melibatkan tahun 2025 dan 2026 bagi menyokong kerja-kerja naik taraf.
- Fasa pertama telah siap; baki kerja sedang disiapkan menerusi peruntukan tahun ini.
- Perkara itu dinyatakan Datuk Shadan Othman selepas Majlis Perasmian Kempen Pasar Awam Bersih 2026.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, kerja-kerja naik taraf itu dilaksanakan dalam dua fasa sejak penghujung 2025.
“Kerja naik taraf pasar ini dilaksanakan dalam dua fasa melibatkan peruntukan bagi tahun 2025 dan 2026.
Fasa pertama telah siap, manakala baki kerja sedang disiapkan menerusi peruntukan tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kempen Pasar Awam Bersih 2026 di Pasar Wilayah Kota Laksamana, hari ini.