
KOTA KINABALU, 15 Mac -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian cuti tambahan sehari sempena sambutan Aidilfitri, sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia.
RINGKASAN BERITA AI
- Perdana Menteri umum satu hari cuti am tambahan sempena Aidilfitri.
- Cuti tambahan bergantung kepada tarikh rasmi satu Syawal yang akan ditentukan kelak.
- Contoh: jika raya jatuh pada Jumaat cuti tambahan pada Isnin; jika pada Sabtu, cuti tambahan pada Jumaat.
- Jumlah cuti umum Aidilfitri kini bertambah menjadi tiga hari.
Berucap pada majlis perasmian Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026 di sini, beliau menjelaskan penetapan tarikh cuti tambahan itu bagaimanapun tertakluk kepada tarikh pengisytiharan 1 Syawal kelak.
“Sekiranya Aidilfitri disambut pada Jumaat (20 Mac), maka cuti tambahan ditetapkan pada Isnin (23 Mac). Kalau hari raya jatuh pada Sabtu (21 Mac), cuti tambahan akan diberikan pada Jumaat (10 Mac), katanya.
Dengan pengumuman ini, jumlah cuti umum Aidilfitri kali ini ditambah menjadi tiga hari.