fb fb fb fb fb

PM ucap takziah kepada keluarga Ramesh Rao

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 14 Januari - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India di pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ramesh Rao yang meninggal dunia, awal pagi tadi.

Menerusi ciapan di Twitternya, Anwar turut berharap keluarga mendiang tabah dengan pemergiannya.

“Semoga dipermudahkan urusan keluarga,” katanya.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Ramesh Rao, 52, meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya, difahamkan akibat serangan jantung.

Pada 24 Disember lepas, Ramesh Rao yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri yang menjaga kepentingan dan permasalahan masyarakat India.

Media Baharu