(Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto fail Bernama)
KUALA LUMPUR, 25 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-3 Saluran Berita RTM kepada seluruh warga Berita RTM.
Dalam hantaran di Twitter, Anwar berharap Saluran Berita RTM dapat terus menyampaikan informasi tepat kepada masyarakat.
"Selamat Ulang Tahun Ke-3 buat Saluran @beritartm. Semoga dapat teruskan usaha menyampaikan informasi tepat dan berfakta kepada masyarakat," tulisnya.
Saluran Berita RTM dirasmikan sebagai stesen televisyen terestrial kerajaan digital bersiaran percuma nasional selama 24 jam pertama di Malaysia yang dipancarkan dalam definisi tinggi (HD) pada 25 Jun 2020.
Berita berkaitan
Pengumuman penting bersempena ulang tahun ke-3 Saluran Berita RTM