fb fb fb fb fb

Satu gempa bumi kuat landa Selatan Kepulauan Tonga

PETALING JAYA, 25 Jun- Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter telah berlaku di Selatan Kepulauan Tonga pada 3.17 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi gempa berpusat di 24.2 darjah Selatan 175.8 darjah Barat dengan kedalaman 68 kilometer.

Kedudukannya 899 kilometer Tenggara dari Laucala, Fiji.

"Penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.

(Gempa bumi kuat landa Selatan Kepulauan Tonga)

Media Baharu