LANGKAWI, 25 Jun-Program Kampung Siaga 221: Komuniti Kampung Berdaya Tahan Bencana (Skuad Komuniti Pertahanan Awam) diyakini mendidik masyarakat luar bandar siap siaga menghadapi bencana.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten Pertahanan Awam Ahmad Shahfikri Darus berkata program tersebut bertujuan menyediakan latihan untuk masyarakat menghadapi kecemasan.
Menurutnya lagi, program itu juga dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa atau kecederaan akibat bencana.
"Kami bersetuju memilih Pulau Tuba atas kapasiti memenuhi kriteria yang ditetapkan.
"Seperti mana yang ditetapkan, Pulau Tuba agak terpencil dari kawasan pulau utama di Langkawi dan keperluan utama sekali melibatkan pengurusan bencana dan kecemasan", katanya selepas perasmian program berkenaan di sini.
Inisiatif ini juga membina komuniti berdaya tahan dan meningkatkan kemampuan untuk menyesuaikan diri dalam situasi sulit yang akan dihadapi.
Kampung Siaga 221 merujuk kepada Akta Pertahanan Awam 221 yang merangkumi 21 fungsi APM.
(Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten Pertahanan Awam Ahmad
Shahfikri Darus/FOTO RTM)