TAWAU, 9 November -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Tawau kira-kira pukul 10.30 malam, sekali gus melengkapkan siri lawatan kerja tiga hari ke Sabah yang bermula sejak Khamis.
Ketibaan beliau disambut barisan pemimpin masyarakat, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.
Lawatan kerja Perdana Menteri ke Tawau menzahirkan komitmen kerajaan bagi meninjau pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di pantai timur Sabah serta mendengar sendiri aspirasi rakyat di peringkat akar umbi.
Beliau dijadual mengakhiri siri lawatan berkenaan dengan menghadiri Jamuan Makan Tengah Hari bersama Ketua-ketua Masyarakat di Taman Semarak, Tawau esok, sebagai simbolik penghargaan terhadap peranan pemimpin masyarakat dalam memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan komuniti setempat.