PM tiba di SICC pengerusikan Mesyuarat MTPMA63 2026

Foto RTM

KOTA KINABALU, 11 September Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu pada pukul 8.16 pagi tadi bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketibaan Perdana Menteri disambut barisan pemimpin persekutuan dan negeri termasuk Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak.
  • Mesyuarat dijadual bermula pada pukul 8.30 pagi dengan Sabah menjadi tuan rumah.
  • MTPMA63 menjadi platform penting membincangkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, khususnya kepentingan Sabah dan Sarawak.

Ketibaan Perdana Menteri bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, disambut barisan pemimpin kerajaan persekutuan dan negeri.

Turut hadir, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Mesyuarat berkenaan dijadualkan bermula pada pukul 8.30 pagi dengan Sabah menjadi tuan rumah bagi pertemuan itu.

Mesyuarat MTPMA63 adalah antara platform penting bagi membincangkan perkembangan pelaksanaan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), terutama membabitkan kepentingan Sabah dan Sarawak.

Datuk Seri Anwar berada di Sabah bagi lawatan dua hari bermula semalam dengan beberapa program rasmi dijadualkan sepanjang lawatan beliau ke negeri itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.