PM terima penyerahan jenama motosikal nasional AFAZ Kencana Sport

Foto FB Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR, 15 Januari– AFAZ Kencana Sport hari ini secara rasmi menyerahkan jenama motosikal nasional kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hasil kerjasama strategik antara industri tempatan dan rakan teknologi antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama berteraskan dasar Automotive Manufacturing 2 (AM-2) untuk pembangunan industri motosikal tempatan.
  • Inisiatif diharap membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor automotif.
  • Memperkukuh kepakaran kejuruteraan dan rantaian industri bernilai tinggi dalam negara.
  • Kerajaan MADANI komited membina industri motosikal berdaya saing, mampan dan berpaksikan keupayaan tempatan.

Kerjasama yang terjalin berteraskan dasar Automotive Manufacturing 2 (AM-2).

Menerusi hantaran di laman Facebook, Datuk Seri Anwar berkata kerjasama tersebut dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan, memperkukuh kepakaran kejuruteraan tempatan serta merangsang pembangunan rantaian industri bernilai tinggi dalam negara.

“Saya percaya, inisiatif ini melambangkan keyakinan terhadap kemampuan anak tempatan dan usaha berterusan kerajaan dalam membina ekonomi yang lebih kukuh, berdaya saing dan mampan,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan MADANI akan terus berusaha membawa Malaysia melangkah ke hadapan dalam membina industri motosikal yang lebih berdaya tahan, berdaya saing dan bersedia menghadapi masa depan yang berpaksikan keupayaan tempatan, disokong kerjasama global dan dipandu aspirasi nasional.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.