KUALA LUMPUR, 11 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar lbrahim menegaskan, beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab sebarang persoalan yang dibangkitkan ahli parlimen pembangkang pada setiap kali persidangan Dewan Rakyat berlangsung.
Beliau berkata semua soalan yang dikemukakan kepada beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) setiap Selasa, iaitu sesi yang diperuntukkan kepada Perdana Menteri, telah dijawab oleh beliau sendiri atau menteri-menteri berkaitan.
Bagaimanapun, beliau berkata ada dalam kalangan Ahli Parlimen yang terus mengulangi soalan sama berulang kali.
"Soalan yang dibangkitkan semua saya jawab, tapi kalau soalan saya telah jawab dua kali dan menteri telah jawab. Itu juga ditanya, kita jawab itu juga", katanya.
Terdahulu, sebelum sesi MQT bermula, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mempersoalkan senarai soalan MQT hari ini tidak mengandungi soalan daripada pihak pembangkang