PM tamat kunjungan singkat ke Filipina

PM berangkat pulang selepas tamat Sidang Kemuncak ASEAN-48 di Filipina. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan kunjungan singkat ke Cebu City bagi membawa misi kenegaraan ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan sidang-sidang berkaitan yang tamat hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia akan terus memainkan peranan dalam menggilap semangat ASEAN dan merapatkan jurang pembangunan.
  • Memperkasa perdagangan serta pelaburan dengan memperluas jaringan dan memperkukuh liputan serta fungsi digital.
  • Memberi perhatian kepada keterjaminan makanan, menegakkan norma antarabangsa dan mempererat hubungan ASEAN hadapi kemelut tenaga.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan Malaysia akan terus memainkan peranan dalam menggilap semangat ASEAN terutamanya dalam merapatkan jurang pembangunan.

Ini termasuk memperluas serta mencipta jaringan perdagangan, merancakkan pelaburan dan memperkasa liputan serta fungsi digital.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia turut memberi perhatian terhadap keterjaminan makanan selain menjulang sikap dan prinsip yang selari dengan norma serta undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata, Malaysia juga terus memainkan peranan mempererat hubungan antara negara ASEAN, terutama mendepani kemelut bekalan tenaga.