fb fb fb fb fb

PM mulakan perjalanan ke AS, sertai UNGA

KUALA LUMPUR, 19 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan perjalanan ke New York, Amerika Syarikat malam tadi, bagi menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, beliau akan membawa suara Malaysia dalam menangani krisis iklim bagi mencapai Agenda 2030, hala tuju negara di bawah kerangka Malaysia MADANI serta beberapa isu global lain.

"Dalam perhimpunan bersama pimpinan dunia ini, saya antara lain akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim bagi mencapai Agenda 2030, hala tuju negara di bawah kerangka Malaysia MADANI serta beberapa isu global lain," kata kenyataan itu.

Turut mengiringi beliau adalah isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama delegasi Malaysia.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, kenyataan negara dijadual disampaikan Perdana Menteri, Jumaat ini.

Datuk Seri Anwar turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa kepimpinan dunia antaranya Presiden Turkiye, Reccep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dan juga pertemuan dengan kepimpinan Iran, Iraq dan Sri Lanka.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan perjalanan ke AS bersama delegasi Malaysia, malam tadi)

Artikel Berkaitan
Malaysia kongsi dasar MADANI di pentas PBB

Media Baharu