SELAYANG, 20 September- Kolaborasi bersepadu antara KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, akan diperkasa bagi mengatasi isu kekurangan bekalan beras dalam negara.
Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pihaknya akan mencadangkan peluasan bidang kuasa kepada penguat kuasa KPDN untuk membantu KPKM pada mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).
"Saya fikir Kementerian Pertanian boleh bekerjasama dengan KPDN dengan lebih rapat melalui akta sedia melalui perluasan kuasa.
"Melalui perkara berkenaan kita dapat membantu kementerian Pertanian demi kepentingan rakyat", katanya selepas melakukan bekalan barangan keperluan harian di dua pasa raya di sini.
(Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali /FOTO RTM)