fb fb fb fb fb

MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak

Foto FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 31 Disember- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada melibatkan beberapa kawasan di Sarawak, berkuat kuasa mulai hari ini hingga esok.

Dalam satu kenyataan pagi ini, Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda kawasan Kuching, Serian (Serian) dan Samarahan.

Menurut beliau, amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan bagi kawasan Serian (Tebedu), Sri Aman dan Betong.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan kejadian banjir serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Orang awam boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, platform media sosial rasmi jabatan berkenaan atau menghubungi talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

AMIRULL SHAFFIQ BIN ABDUL GHANI