fb fb fb fb fb

Pelancong India ditemukan lemas di Tasik Dayang Bunting

Foto hiasan

LANGKAWI, 19 Mac- Seorang pelancong warganegara India ditemukan maut akibat lemas ketika mandi di Tasik Dayang Bunting, di sini.

Dalam kejadian tersebut mangsa, Agnihotri Vivek Ashok, 54 tahun dipercayai sedang mandi bersama keluarganya tanpa memakai jaket keselamatan kemudian tiba-tiba hilang dan tidak muncul dipermukaan air.

Sejurus itu orang awam dan keluarga telah melakukan pencarian di kawasan sekitar namun tidak menjumpai mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Shariman Ashari dalam satu kenyataan memaklumkan polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.00 tengah hari.

"Operasi mencali dan menyelamat dijalankan oleh penyelam dari pasukan penyelamat di air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan mangsa ditemukan pada pukul 2.22 petang.

"Pengecaman dibuat oleh keluarga mangsa di lokasi dan mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun beliat menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan dan arahan petugas bagi memastikan keselamatan mereka semasa berkunjung ke Tasik Dayang Bunting.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI