fb fb fb fb fb

PM minta maaf kepada penduduk Taman Medan, Dusun Tua

(Anwar Ibrahim (kanan) dan Sultan Hassanal Bolkiah (kiri) ketika Majlis Makan Malam Menara Berkembar Petronas (KLCC) sempena
lawatan negara tiga hari ke Malaysia
/FB Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada Jelajah Perpaduan Madani di Taman Medan dan Dusun Tua di Selangor, Khamis lalu.

Anwar memaklumkan, ketidakhadirannya adalah tidak disengajakan disebabkan beliau perlu menyantun dan meraikan tetamu negara, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

"Saya ingin memohon maaf kepada warga (penduduk) Taman Medan dan Dusun Tua atas ketidakhadiran saya ke Jelajah Perpaduan Madani di kedua-dua lokasi di kawasan berkenaan Khamis lalu.

"Hal ini adalah kerana saya perlu menyantuni dan meraikan tetamu negara yakni Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia," katanya menerusi Facebook.

Justeru, sebagai ganti kepada acara itu, perdana menteri akan turun padang ke Taman Medan esok, diikuti Ampang dan Hulu Kelang.

"Insya-Allah, esok, saya akan turun ke Taman Medan pada pukul 9.00 malam, diikuti Ampang (10.00 malam) dan Hulu Kelang (11.00 malam).

"Saya ingin mengajak semua pendukung perpaduan untuk hadir bersama dan nyatakan sokongan kepada calon PH-BN (Pakatan Harapan-Barisan Nasional) di Selangor," katanya.

(Anwar Ibrahim dan Sultan Hassanal Bolkiah/FB Anwar Ibrahim)

Berita berkaitan:
PM raikan Sultan Hasanal Bolkiah di ibu negara
Sultan Brunei berangkat pulang selepas tamat lawatan kerja ke Malaysia
Malaysia, Brunei sepakat tandatangan tiga MoU
Sultan Brunei mulakan lawatan tiga hari ke Malaysia

 

 

Media Baharu