fb fb fb fb fb

Lelaki cedera di air terjun Wong Radao diselamatkan bomba

FOTO BOMBA SARAWAK

SRI AMAN, 15 Februari- Seorang lelaki yang cedera akibat terseliuh di lutut kiri bersama tiga rakannya yang terkandas di gunung dan air terjun Wong Radao di Batu Lintang di sini berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi, PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.26 pagi.

Seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman digegaskan ke lokasi yang terletak 43 kilometer dari balai terbabit, dan 1.5 kilometer dari rumah panjang berhampiran.

"Pihak bomba sampai dilokasi kejadian dan berusaha membawa mangsa turun ke rumah panjang menggunakan 'Junkin Stretcher '," menurut kenyataan PGO.

Setibanya di rumah panjang berkenaan lelaki terbabit kemudiannya diserahkan kepada pasukan dari Kementerian Kesihatan dan dibawa ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Operasi ditamatkan pada pukul 12.00 tengah hari.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE