KUALA LUMPUR, 6 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan terhadap komitmen yang ditunjukkan Thailand dan Kemboja dalam menyelesaikan isu sempadan yang sedang berlaku melalui rundingan dan saluran diplomatik.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata Malaysia amat menghargai hubungan baik bersama kedua-dua negara berkenaan.
"Sehubungan itu, saya menyeru agar Thailand dan Kemboja terus mengamalkan sikap berhemah, mengambil langkah-langkah untuk meredakan ketegangan, serta berusaha ke arah penyelesaian secara aman dan menyeluruh terkait situasi ini.
"Sebagai Pengerusi ASEAN, saya yakin semangat kerjasama serantau dan prinsip ASEAN mengenai penyelesaian secara aman dapat menjadi landasan kukuh dalam menangani sebarang pertikaian," katanya.
BERITA BERKAITAN: