BESUT, 6 Jun- Seorang pelancong wanita warga China ditemukan lemas ketika bercuti di Pulau Perhentian.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad@Abu berkata ketika kejadian, mangsa berusia 33 tahun itu dikatakan sedang berenang bersendirian sebelum ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan berbatu.
"Siasatan awal mendapati mangsa tiba di negara ini 3 Jun lalu dan menginap di sebuah hotel di Pulau Perhentian bersama sepupunya.
"Bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan lemas dan tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya menerusi kenyataan.