KUALA LUMPUR, 6 Jun- Sambutan Hari Raya Aidiladha perlu menjadi medan muhasabah untuk menzahirkan ketaatan tulus kepada Allah SWT dan memperkukuh ukhuwah islamiah serta memperbanyak amal soleh, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Fahmi berkata Aidiladha mengingatkan umat Islam tentang kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS dan puteranya, Nabi Ismail AS yang menjunjung tinggi perintah Allah SWT dengan penuh keikhlasan serta tawakal.
Datuk Fahmi turut mendoakan agar segala amalan umat Islam diterima Allah SWT pada hari yang penuh keberkatan itu.