fb fb fb fb fb

PM Anwar hubungi PM Thailand hari ini berhubung isu Kemboja

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KAJANG, 6 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi rakan sejawatnya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra petang tadi bagi membincangkan perkembangan terbaharu yang berlaku di Kemboja.

Difahamkan, perbualan tersebut dijangka menyentuh isu-isu serantau melibatkan hubungan tiga hala dan kepentingan bersama ASEAN.

“Saya akan telefon Perdana Menteri Thailand pada pukul 2.15 petang,” katanya ringkas kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra hari ini.

Pada Mei lalu, Perdana Menteri meminta Myanmar melanjutkan gencatan senjata antara pihak bertelagah di negara itu.

Usaha itu bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi dengan selamat.

GRACE AISYAH KEDAYAN