fb fb fb fb fb

PM Anwar tiba di Sabah untuk lawatan kerja sehari

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu bagi lawatan kerja sehari / Foto RTM

KOTA KINABALU, 31 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu pukul 11.50 malam tadi (Khamis) untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Perdana Menteri dijadual merasmikan Penutupan Sambutan Pesta Kaamatan 2024 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA Penampang.

Baliau turut dijadual menunaikan solat Jumaat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, di Kepayan.

Lawatan kerja Perdana Menteri akan diteruskan ke Labuan bagi menghadiri Sesi Santai Komuniti dan taklimat Smart Labuan City.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD