fb fb fb fb fb

PM Anwar, isteri terima sambutan rasmi sempena Sidang Kemuncak Khas

FOTO FB Anwar Ibrahim

MELBOURNE, 5 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima sambutan rasmi malam ini bersempena bermulanya Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di sini, esok.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese turut menyampaikan ucapan sebagai tanda selamat datang dan pembukaan rasmi acara berkenaan.

Esok merupakan hari penting buat ASEAN-Australia yang kini hubungan akrabnya mencecah usia 50 tahun.

Perdana Menteri dijadual akan menyampaikan kenyataan dalam sidang tersebut bagi mewakili deligasi Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN
PM Anwar sentuh keakraban Australia-ASEAN pada Sidang Kemuncak Khas esok

SITI AISHAH MD ISA