fb fb fb fb fb

PLUS buka dua lorong kecemasan atasi kesesakan

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 27 April- Syarikat konsesi PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan lorong kecemasan akan dibuka sementara di laluan tertentu susulan jangkaan trafik meningkat hujung minggu ini.

Menerusi kenyataan, PLUS memaklumkan ‘SmartLane’ telah diaktifkan di dua laluan di Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara.

"Ia membabitkan persimpangan Port Dickson hingga persimpangan Seremban dan persimpangan Senai Utara hingga persimpangan Kulai.

"Pengguna lebuh raya dibenar memasuki dan memandu di laluan kecemasan sebelum diarah masuk semula ke laluan utama lebuh raya bagi meneruskan perjalanan.

"Bagaimanapun, pengguna dilarang menggunakan bahu jalan atau laluan kecemasan di lokasi lain di mana tiada laluan ‘SmartLane’ diaktifkan," katanya.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu