fb fb fb fb fb

PLKN 3.0 bermula Januari 2025

Adly Zahari

ALOR GAJAH, 26 Oktober- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksana secara berperingkat, bermula Januari 2025.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, sebagai permulaan, dua kem tentera di Kuala Lumpur dan Pahang dengan anggaran 500 peserta.

"Bermula Januari 2025, kita akan memulakan pengambilan PLKN yang pertama. Jadi jumlah Januari itu agak kecil, kerana kita akan berikan peningkatan pada bulan Jun. ttp klo ditanya ttg permulaan dia kita akan bermula januari tahun  hadapan....dia

"Kita akan gunakan dua kem dahulu, jumlahnya kita akan lihat kepada keperluan-keperluan itu. Kita akan lihat berdasarkan kemampuan kem kita dan Januari itu merupakan projek rintis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah Baik Pulih bawah inisiatif Projek Jiwa Murni di Hutan Percha, di sini.

Adly berkata jumlah peserta PLKN 3.0 akan ditambah pada pengambilan Jun dengan menyasarkan peserta berusia 16 hingga 35 tahun dalam kalangan pelajar tingkatan empat, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI