Platform media sosial digalak sertai Majlis Media Malaysia

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil

JOHOR BAHRU, 7 Julai – Pengeluar kandungan dan platform media sosial digalakkan menyertai Majlis Media Malaysia bagi memperkukuh peranan badan itu dalam menggalakkan amalan kawal selia kendiri industri media.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyertaan platform digital dapat membantu urus pelaporan tidak beretika dan kandungan sensitif secara lebih berkesan.
  • Membolehkan media arus perdana, media alternatif dan media sosial mengamalkan kawal selia kendiri.
  • Inisiatif dijangka memperkukuh akauntabiliti industri media tanpa menjejaskan kebebasan media.
  • Langkah ini dijangka meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media dan imej negara menjunjung kebebasan bersuara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penyertaan platform digital diyakini dapat membantu mengurus isu berkaitan pelaporan tidak beretika dan penyebaran kandungan sensitif secara lebih berkesan.

Beliau berkata, langkah itu turut membolehkan media arus perdana, media alternatif dan media sosial mengamalkan kawal selia kendiri, sekali gus memperkukuh ekosistem media negara.

“Kita berharap apabila platform-platform menyertai Majlis Media Malaysia, isu-isu ini dapat diuruskan melalui majlis tersebut. Dengan cara itu, media arus perdana, media alternatif termasuk media sosial dapat diuruskan secara kendiri.

“Kita percaya langkah ini akan membantu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media – Reporters Without Borders (RSF),” katanya di sini hari ini.

Fahmi turut berkata kerajaan komited memberikan sokongan kepada Majlis Media, khususnya pada peringkat awal penubuhannya.

Menurut beliau, penubuhan majlis itu mampu memperkukuh akauntabiliti industri media menerusi pendekatan kawal selia kendiri tanpa menjejaskan kebebasan media.

Katanya, inisiatif itu juga diyakini dapat memperkukuh imej Malaysia sebagai negara yang menjunjung kebebasan bersuara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.