fb fb fb fb fb

Platform E-Puisi, dedah seni gubah dan deklamasi puisi kepada pelajar

KUALA LUMPUR, 18 September- Pelancaran modul pembelajaran puisi dalam talian, E-Puisi memberi peluang kepada pelajar mendalami seni gubahan dan teknik penyampaian puisi.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata e-platform itu menyediakan proses pembelajaran yang fleksibel dan mudah difahami kepada pelajar sekali gus dapat mempromosi seni dan sastera sebagai satu khazanah negara dalam kalangan generasi muda.

"Kita akan perluaskan lagi. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengalu-alukan jika ia dipautkan dengan DELIMa iaitu platform pembelajaran yang boleh diakses oleh lima juta pelajar kita di seluruh negara dan 400,000 pendidik serta warganya.

Insya-Allah pasti akan berkembang dengan begitu cepat selain boleh melihat puisi berkualiti. Anak-anak ini akan hebat berpuisi dan mereka adalah penyambung warisan negara," kata Pkharuddin berucap pada majlis perasmian Sayembara Penulisan Kreatif dan pelancaran E-Puisi di ibu negara.

E-puisi merupakan hasil kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) UMW Holdings Berhad dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan boleh diakses menerusi laman sesawang JendelaDBP.


(Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali)

Media Baharu