Pijak al-Quran: Permohonan maaf tidak cukup, pelaku wajar dikenakan tindakan

Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali / RTM

KUALA NERUS, 28 Februari – Tindakan undang-undang yang tegas bakal dikenakan kepada pelajar yang terlibat dalam insiden memijak al-Quran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tindakan undang-undang wajar dikenakan kepada pelajar yang memijak al-Quran.
  • Permohonan maaf sahaja tidak memadai untuk kesalahan yang menghina kesucian Islam.
  • Tindakan bertujuan mencegah provokasi dan permusuhan berkaitan agama, kaum dan raja.
  • Kes boleh disiasat di bawah Akta Hasutan dan tidak boleh dipandang remeh.

Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata permohonan maaf semata-mata tidak mencukupi bagi kesalahan yang disifatkan sebagai menghina kesucian Islam.

Tambah beliau, tindakan undang-undang yang dikenakan bertujuan untuk memastikan tiada lagi pihak yang sengaja menimbulkan permusuhan dan provokasi terhadap isu agama, kaum dan raja (3R) di negara ini.

“Saya yakin kita tidak akan berkompromi. Jika sekadar memohon maaf, itu tidak mencukupi. Tindakan mesti diambil berdasarkan undang-undang.

“Paling tidak, ia boleh disiasat di bawah Akta Hasutan kerana perbuatan itu menghasut rakyat untuk bertembung. Bagi saya, perkara ini sangat besar dan tidak boleh dianggap remeh.

“Kita akan meneliti dan mengikuti perkembangan isu ini serta tegas meminta kerajaan bertindak menurut lunas undang-undang”, katanya demikian selepas merasmikan Seminar Pemikiran Wasatiyah Tuan Guru Dato’ Haji Abbas di sini.

Seminar berkenaan bertujuan mengupas jasa Tuan Guru Haji Abas yang merupakan ulama, ilmuan dan tokoh politik Terengganu.