fb fb fb fb fb

Pharmaniaga catat untung bersih RM29.8 juta enam bulan pertama 2022

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 20 Ogos- Pharmaniaga Berhad mencatat keuntungan selepas cukai dan zakat sebanyak RM29.8 juta bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 30 Jun 2022.

Syarikat farmaseutikal itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM42 juta pada suku dikaji.

Ini dijana daripada pendapatan RM1.72 bilion yang diraihnya sepanjang tempoh dikaji.

Melalui kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata syarikat itu akan memberi tumpuan agresif kepada pelbagai inisiatif transformasi.

"Ini sejajar dengan strategi 'Reinventing Boustead' bagi meningkatkan kecekapan operasi dengan menerima pendigitalan dan sinergi perniagaan teras," kata kenyataan itu.

Pharmaniaga juga memberi tumpuan dalam memanfaatkan portfolio perniagaan di segmen sektor swasta.


(Foto FB Pharmaniaga)

Media Baharu