Araghchi kembali ke Islamabad, adakan pertemuan dengan pegawai Pakistan

Foto AFP 

TEHRAN, 27 April – Menteri Luar Iran Abbas Araghchi kembali ke Pakistan untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai Pakistan sebagai kesinambungan rundingan diplomatiknya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cadangan penubuhan rejim perundangan baru bagi Selat Hormuz dibangkitkan.
  • Tuntutan pampasan terhadap pihak penceroboh dan jaminan tiada lagi pencerobohan ketenteraan.
  • Permintaan penamatan sekatan tentera laut untuk memulihkan kebebasan pelayaran.
  • Menteri Luar Oman sahkan perbincangan konstruktif, seru tanggungjawab bersama serta pembebasan pelaut ditahan dan penyelesaian diplomatik praktikal.

Agensi Berita Mehr (MNA) melaporkan Araghchi kembali ke Pakistan selepas lawatannya ke Oman dan pertemuan dengan pegawai negara berkenaan.

Araghchi berada di Islamabad semalam bagi menyampaikan pandangan Iran berhubung perkembangan serantau kepada pengantara Pakistan.

Antara isu yang dibangkitkan Araghchi dalam rundingan serantaunya termasuk mengenakan rejim perundangan baharu ke atas Selat Hormuz, tuntutan pampasan daripada pihak penceroboh, jaminan tiada lagi pencerobohan ketenteraan oleh pihak pencetus perang serta penamatan sekatan tentera laut.

Dalam laporan berasingan, Menteri Luar Oman Badr Hamad AlBusaidi berkata beliau mengadakan perbincangan dengan Araghchi.

“Perbincangan yang baik mengenai Selat Hormuz dengan Menteri Luar Iran Dr Araghchi,” tulisnya dalam hantaran di akaun X selepas menyambut kedatangan Araghchi dan delegasinya pada awal Ahad.

“Sebagai negara pesisir, kami mengiktiraf tanggungjawab bersama terhadap masyarakat antarabangsa serta keperluan kemanusiaan yang mendesak untuk membebaskan pelaut yang ditahan terlalu lama.

“Banyak usaha diplomatik diperlukan dan penyelesaian praktikal perlu dicapai bagi memastikan kebebasan pelayaran yang berkekalan,” kata beliau. – BERNAMA