Sukan tradisional, e-sukan tarik penyertaan anak muda

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Allex Seah Shoo Chin (kiri) semasa di konti Melakafm / foto RTM

MELAKA, 4 Jun – Penganjuran pertandingan sukan tradisional dan e-sukan menjadi antara tarikan utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, menerusi Kejohanan Piala Ketua Menteri Melaka peringkat DUN berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejohanan gabungkan sukan tradisional dan e-sukan, termasuk dam aji, konda-kondi, sepak takraw dan Mobile Legends.
  • Acara ini sebahagian daripada program WRUR yang bermula 7 Jun untuk merancakkan penglibatan masyarakat setempat.
  • Pendekatan sukan moden dan tradisional dijangka menarik lebih ramai penyertaan golongan muda.
  • Program turut anugerahkan pengiktirafan 100 pelajar cemerlang di setiap sekolah dalam DUN Kesidang.

Kejohanan itu bakal menggabungkan pelbagai acara termasuk sukan tradisional seperti dam aji, konda-kondi, sepak takraw, serta sukan moden seperti bola jaring, bola sepak dan e-sukan Mobile Legends.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Allex Seah Shoo Chin berkata, penganjuran kejohanan tersebut merupakan sebahagian pengisian program WRUR yang akan bermula 7 Jun ini, selain bertujuan merancakkan lagi penglibatan masyarakat setempat.

“Kita turut menganjurkan Piala Ketua Menteri Melaka bagi acara sukan yang berlangsung dari 6 hingga 21 haribulan ini. Orang ramai, khususnya golongan muda, digalakkan untuk turut serta.

“Seperti yang saya nyatakan, kita juga ada e-sukan dan semua maklumat penyertaan boleh diperoleh melalui halaman rasmi kami, katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran dalam Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Kesidang bertajuk “Kota Melaka: Kampung Kita” di konti Melakafm, Jalan Taming Sari.

Menurut beliau, pendekatan itu juga dilihat mampu menarik lebih ramai penyertaan golongan muda untuk bersama-sama menyertai aktiviti yang dianjurkan di peringkat DUN.

Dalam pada itu, antara pengisian lain sepanjang program WRUR DUN Kesidang termasuk anugerah 100 terbaik kepada pelajar cemerlang dalam pelbagai aspek di setiap sekolah dalam kawasan DUN tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.