KANGAR, 30 Mei- Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr Justin Lee memulakan lawatan kerja ke Perlis selama tiga hari bermula semalam sehingga Rabu ini.
Sejurus tiba, beliau dan isteri, Jeane Lee diiringi delegasi melawat Bukit Keteri dan Bukit Chabang sebelum menerima taklimat pembangunan negeri dan peluang pelaburan di Perlis
Mereka turut dibawa menikmati sarapan pagi di Kopi Kebun, Aji Heritage Farm sebelum mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan disusuli lawatan ke Ladang Superfruits Valley di Chuping dan perbincangan kerjasama dua hala dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Mereka juga melawat Institut Agroteknologi Lestari (INSAT) UniMAP dan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP di Pauh Putra.
Delegasi tersebut turut mengiringi Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam program MAIPs Peduli Khas.
Kemuncak lawatan ialah Majlis Sembah Menghadap Hormat ke atas Tuanku Pemangku Raja dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis di Istana Arau sebelum mengakhiri kunjungan ke Perlis.
(Mereka juga melawat ke Institut Agroteknologi Lestari (INSAT) UniMAP dan
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP di Pauh Putra)