fb fb fb fb fb

Permohonan pengambilan khas guru dibuka mulai hari ini

(Foto BERNAMA)

IPOH, 7 April- Permohonan pengambilan khas guru menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dibuka mulai hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata pengambilan khas itu bagi menampung kekurangan sumber pengajar di seluruh negara ketika ini.

"Siswazah berminat boleh membuat permohonan mengisi kekosongan itu terutama dalam empat mata pelajaran kritikal iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.

"Graduan sama ada daripada bidang pendidikan atau bukan pendidikan juga boleh membuat permohonan sekiranya berminat menjadi guru atau guru sementara," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu